khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang
khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih
ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang
khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama
Hatim Al-Isam dan bertanya : "Bagaimanakah
caranya tuan solat?" Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku
berwudhu' zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan
batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu
membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah
membasuh anggota dengan tujuh perkara iaitu :-
1. bertaubat
2. menyesali dosa
yang dilakukan
3. tidak tergila-gilakan dunia
4. tidak mencari /
mengharap pujian orang (riya')
5. tinggalkan sifat berbangga
6.
tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. meninggalkan sifat dengki
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan
semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh
kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah
kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku,
dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian
'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah
solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.
Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku'
dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan
dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30
tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan
ibadahnya yang kurang baik dibandingkan dengan Hatim.








No comments:
Post a Comment