Please Use Internet Explorer!

                                                                                                            

Wednesday, September 27, 2006

Pahlawan Neraka

Pahlawan Neraka







Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara
pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan
hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran
itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas
masing-masing. Di sana Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah
berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu.
Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang
mata.



Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang
dari sahabat mereka iaitu Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia
kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan
keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu. "Tidak
seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman,"
kata salah seorang sahabat. Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun
menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka." Para
sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah itu. Bagaimana
seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh
masuk dalam neraka.



Para sahabat berpandangan antara satu sama lain
apabila mendengar jawapan Rasulullah itu. Rasulullah sedar para
sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas baginda
berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang
bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh
pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman
meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula
dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke
dalam dadanya." "Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak
tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya
dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya
sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang
dia akan masuk syurga tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai
penduduk neraka."




Menurut Rasulullah S.A.W lagi, sebelum dia mati,
Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana
agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak
dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela
kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."




Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim.



No comments:

Photobucket PhotobucketPhotobucket